Kehidupan opisku yang terlampau...

Monday, August 07, 2006

Jalan Jalan Pergi Makan - MUARA IKAN BAKAR (Laporan)

Pada 2hb Ogos 2006, seperti yg telah dirancang oleh ahli jawatankuasa Jalan Jalan Pergi Makan.. kitaorang telah pergi ke Pelabuhan Klang utk makan. Kitaorang bertolak lebih kurang jalan jam 8.30pm.. sebelum tu nak bagitau.. kali ni agak special skit.. sebab pemergian kitaorang ke sana telah di bawa oleh 2 kereta baru.. Nazarudy Ibrahim dgn kereta Perodua Kenari dan Sharifah Shahida dgn kereta Proton Neo.. power gila babas... Sha dan ct telah menaiki proton neo.. nazar,budi,liza dan erik menaiki kereta kenari dan ayu,lin dan din menaiki kereta ayu...
Setelah menempuhi perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui Federal highway.. akhirnya kami sampai ke destinasi..


Sampai je terus posing.. ceh..

First thing yg kena buat ialah memilih lauk utk dimakan.. utk kali ni.. pihak lelaki telah memberi tanggungjawab kpd pihak wanita utk memilih...


Dgn ikan pun nak ambik gambar liza ni


Liza dan lin tgh membuat tawar menawar dengan abg jual ikan


Ayu yg bertindak sebagai ketua rombongan sedang memastikan bahawa semua lauk di timbang dengan betul


Sha tgh mengira menggunakan kalkulator duit yg kena bayar.. takut tak cukup baget


Lin tgh mencari ilham nak pilih lauk apa


Muka tgh lapar


Antara lauk yg di pilih ialah..
1. Udang goreng tepung
2. Ketam masak apa ntah
3. Sotong masak..pun tak ingat tapi sedap la..
4. tak ingat la.. tapi banyak lagi


4 Pejantan tangguh


5 Dara pinggitan

Mmg lauk best giler.. apa lagi lauk Udang goreng tepung.. perghh.. besar siot.. yg lain pun boleh tahan.. sori la gambar lauk tak sempat nak ambik sebab sampai je lauk semua trus buruk lantak..


Gambar lepas makan.. tgh layan dessert aiskrim

lepas makan.. order plak aiskrim dan otak otak.. pergh.. mmg kenyang giler babas...


Ni la permandangan indah dari tempat kitaorang duduk.. gambar ini diambil oleh sedara erik


Group foto sebelum mintak bil

Overall.. makan kat muara ikan bakar memang puas hati.. kena plak dengan tempat tu tepi laut..

Kitaorang memberikan 4 bintang kpd Muara ikan bakar



Sebelum balik.. ambik gambar reramai..

2 Comments:

Anonymous Anonymous cakap...

hidup opisku..hahahaha..syoukkkkk tak terkata..tengok aje aksi kitaorang lepas kenyang makan..muka appy!!!!!!!

Tuesday, August 08, 2006 7:11:00 PM  
Anonymous Anonymous cakap...

yea..yea...seronot.....selamat datang ke kampungku kawan²ku....

Wednesday, August 09, 2006 11:28:00 AM  

Post a Comment

<< Home