Kehidupan opisku yang terlampau...

Friday, November 03, 2006

coretan perpisahan....

Assalamualaikum…Aku Hesmel Faznee a.k.a Roslan Jinggo.

Dalam setiap pertemuan ada perpisahan. Dalam perpisahan ada hikmah. Hikmahnya sebab ia akan menambahkan lagi kemeriahan. Kemeriahan dari segi kenangan yang pernah kita kecapi bersama. Mana boleh aku lupa, kebaikan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan teman-teman seperti ;

Ayoo, Ayie, Budi, Din, Erik, Fida, Hosni, Lin, Liza, Melur, Nadia, Nazar dan last but not least, Zachy a.k.a Abg Ular. Serta bekas-bekas (patut ker aku guna terminology ni?) staf seperti Airul, Hazlee, Ijad, Sha, Min dan Kama (yang mula-mula paw duit aku masa mula-mula kerja sini!)

Kawan-kawan, aku ucapkan terima kasih sebab membantu aku di dalam menjayakan setiap “gerakan-gerakan” subversive seperti menjayakan program UTOUR, Rancangan Program Mana Rotee, See.D.Review dan juga U-Chooz.

Aku juga ucapkan terima kasih kerana kita semua tetap bersama-sama di dalam mengharungi susah payah, senang lenang, suka duka baik secara langsung mahupun tidak langsung..

Aku akan tetap berkunjung. Aku akan tetap singgah. Di opis ini, sebabnya hangpa (aku tak reti nak guna nama kata diri korang!) memang yang terbaik dan yang terelok budi pekerti. Hangpa pun tahu bukan, aku kalau aku puji maknanya aku ikhlas (sebab aku jarang puji orang, mengutuk dan celupar memang banyak dan lebih!)

Kepada mereka yang pernah terkecil hati dengan aku, aku mohon maaf! Lumrah manusia membuat salah dan silap (kalau tak tak bererti la Hari Raya Aidilfitri!) dan manusia itu sering terkhilaf. Aku benar-benar akan merindui hangpa semua!

Tempat kerja baru aku ini akan membuatkan aku menjadi a typical Government servant, tetapi kenangan, pengalaman dan pengajaran semasa aku berada di opis akan tetap membuatkan aku senantiasa menjadi Hesmel Faznee yang hangpa kenal melalui identity (erkkk…tayar basikal), (aii..pelik nih!) dan Seeeeeee.D. Review, dan Reaaady For Take!!

Apa yang paling penting, kita jangan putuskan silaturrahim kita selama ini dan setakat ini sahaja. Kita teruskan persahabatan kita walaupun Nadia dah beranak 4 (and body pun dah tak solid!) Fida sibuk menimang cucu, Liza tetap dengan senyuman manisnya (aku sampai sekarang masih wonder apa yang manisnya?) dan Ayie dah mampu jadi gitar hero balik! (Ayie, kurang kurang laaa..penggunaa ayat F**K YOU tu!)

Oklah, sehingga ini sahajalah aku bersedih…Aku tak pernah rasa sedih sebab aku yakin kita tak akan melupakan antara satu sama lain. That’s what friends are for, bukan?

HESMEL FAZNEE @ ROSLAN JINGGGOOOO…

3 Comments:

Anonymous Anonymous cakap...

hesmel..nanti jgn lupa blog aku hehhhheheh...sori ye ejek ko bulu..keje tmpt baru tu sanggap,kat blog aku ko leh donlod lagu ngan videoklip..wakakakaka.. http://akusape.blogspot.com

Friday, November 03, 2006 1:20:00 PM  
Anonymous Anonymous cakap...

hesmel...good luck kat tempat keje baru ko nanti...aku terharu sangat dengan ayat2 last ko...so touching...anyway jgn lupa kitorg tau..gonna miss ur tayar basikal..hehe.

Friday, November 03, 2006 5:58:00 PM  
Anonymous Anonymous cakap...

sampai sekarang gak liza masih wonder baik ke abang hesmel nie?..hahhaha..ape² enjoy kat tempat baru ek hesmel..jgn lupa kan kitaorang..:))

Monday, November 06, 2006 12:43:00 PM  

Post a Comment

<< Home