Kehidupan opisku yang terlampau...

Monday, November 13, 2006

Au Revoir Mana Rotee

Hari Jumaat lepas adalah hari terakhir program Mana Rotee dirakam...Rasa sedih pun ada gak...Maklumlah dah banyak episode dengan Shah kan...Producernya dari Hesmel sampai lah ke Ayu.Asisstant producer tak yah cakap la....bermacam2 orang dah buat...Dr Ayu, then tukar ke Liza, kemudian ke cik Aina kita...Then balik ke Liza...Amboi2...Make up artis pun ramai. Kejap ayu,lynn pastu Dottie..Yang pastu Shah puas hati dengan makeup mereka itu.



Ni ada beberapa gambar yang kita semua amik masa last day Mana Rotee...Sorry la ngan yang mana² takde tu ye...Jasa korang tetap dalam ingatan...





Wednesday, November 08, 2006

farewall party for hesmel+airul+ijad

sepatah dua kata dari airul hesmel ijad....

Last friday, 1 majlis perpisahan telah diadakan sempena perpindahan hesmel+airul+ijad ke opis baru mereka (harap² meriah macam 'opisku'..)....
so before friday lagi segala perancangan+persiapan telah dibincangankan & telah dipersetujui oleh semua kabinet mesyuarat+ahli tetingkap 'opisku', dimana "Tabung Jalan² Carik Makan Opisku" akan digunakan untuk membeli F&B..(ade gak lah yang donate secara individu...toceh² , jasa mu amat dihargai+dikenang...)...errmmmm, berguna gak kan ada tabung dalam opis..:))...
nak mula citer dari a sampai z ke atau nak mula citer dari o sampai z..errmmmmm...mula citer dari a sampai z ler..ok 1st sekali nak citer orang belakang tabir a.k.a orang kuat majlis farewell party tu..tak lain dan tak bukan ialah ayu+lynn+liza...(muahahhahaha...)...dari beli barang hingga memasak hingga lahmengemas..inilah orang nyer...(u are the bestttttt!!!!...hahahahhaha)..menu hari tu ialah mee hoon goreng+spagetti (sponsor by fida)+sandwich+fries+nugget+sosej+buah-buahan+keropok² (sponsor by melur+ayu) +cup cake (sponsor by nadia..)...banyak+meriah sungguh makanan kami..

banyak sungguh makanan kami...cantik kan cup cake untuk diaorang...

pukul 2++ kitaorang (liza+lynn+ayu....) start masak kat rumah lynn..barang² kitaorang dah beli semalam lagi so hari tu just beli barang² untuk menu tambahan aje, uish penat teramat..sampai sakit² pinggang..(ade ke patut pompuan² yang rajin+cuns+lagi vouge nie di panggil maid macam orang indon..uhuk..uhuk..:((...) .tapi tak pe, janji semua happy...tengah² kitaorang memasak, tetiba datang mat bangla jual carpet...kitaorang dah cemas dah, coz kat dalam rumah semuanya pompuan...tapiiiiii, bila mamat tu dah masuk kat dalam pagar lynn...eh,macam kenal aje mamat nie, rupa² nyer hesmel..erkkkkk, tayar basikal..(jgn marah ar,nanti kena jual...)..
so, hesmel pun one of tukang masak merangkap +ketua chief de mission+tukang beli barang pada hari tu jugak la..kecoh ya amat (ape ar kenangan manis masa masak, liza dah lupa..ape² pun biar lah rahsia..hahhahhaha)..b4 menyediakan menu untuk party, kitaorang masak dulu makanan untuk menu tengah hari iaitu sardin goreng+telur goreng+kobis goreng+sosej+ayam goreng+air kelapa laut..yummiii!!!..walaupun simple n masak ala kadar tapi sedap sekali...kenyang lah jugak perut kitaorang....:))...
even tukang masak nyer ada 4 orang tapi macam tak cukup tangan aje..tak tau kenape..maybe menu banyak kot tak pun kitaorang tak berape cekap..agak nyer lah kan..(hhehhehehe..)
siap satu menu, buat menu yang lain pulak..sampai ler semua nyer complete, dalam pkul 4++ kot settle keje masak memasak nie...dapur lynn pun kitaorang kemas sekali..(thanks lynn, coz pinjamkan kitaorang dapur..:))...)

disebabkan badan kitaorang nie dah busuk+melekit+rasa tak selesa, so before balik opis, kitaorang mandi dulu..wangi²kan badan, baru lah nampak segar sikit, maintain cuns..;))...
sampai kat opis, semua belum ready lagi...so, kenalah tunggu sampai semua orang ade...lama gak lah nak tunggu diaorang nie sampai opis..actually, masing² dah tak sabar² nak makan...
jam 7++, majlis telah dimulakan, ayu telah men'volunteer' kan diri nyer untuk menjadi pengerusi majlis (cayalah...:))..)..hesmel+airul+ijad telah diberi peluang untuk memberi ucapan dihadapan 20 ribu orang yang hadir pada malam tu..(pinjam ayat shah..;))..)..rasa terharu+sedih pulak...:((...abis berucap semua dijemput makan...nasib baik tak de suara² sumbang kedengaran cakap pasal menu malam tu...ngeh...ngeh..ngeh..ok lah tu agak nyer...

antara ribuan tetamu yang hadir pada malam itu....

dari sesi memasak, hinggalah sesi kemas mengemas bab posing² nie memang tidak dilupakan..hahhahhaha..banyak sungguh gambo yang kitaorang snap....enjoy!!
-liza-

Friday, November 03, 2006

coretan perpisahan....

Assalamualaikum…Aku Hesmel Faznee a.k.a Roslan Jinggo.

Dalam setiap pertemuan ada perpisahan. Dalam perpisahan ada hikmah. Hikmahnya sebab ia akan menambahkan lagi kemeriahan. Kemeriahan dari segi kenangan yang pernah kita kecapi bersama. Mana boleh aku lupa, kebaikan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan teman-teman seperti ;

Ayoo, Ayie, Budi, Din, Erik, Fida, Hosni, Lin, Liza, Melur, Nadia, Nazar dan last but not least, Zachy a.k.a Abg Ular. Serta bekas-bekas (patut ker aku guna terminology ni?) staf seperti Airul, Hazlee, Ijad, Sha, Min dan Kama (yang mula-mula paw duit aku masa mula-mula kerja sini!)

Kawan-kawan, aku ucapkan terima kasih sebab membantu aku di dalam menjayakan setiap “gerakan-gerakan” subversive seperti menjayakan program UTOUR, Rancangan Program Mana Rotee, See.D.Review dan juga U-Chooz.

Aku juga ucapkan terima kasih kerana kita semua tetap bersama-sama di dalam mengharungi susah payah, senang lenang, suka duka baik secara langsung mahupun tidak langsung..

Aku akan tetap berkunjung. Aku akan tetap singgah. Di opis ini, sebabnya hangpa (aku tak reti nak guna nama kata diri korang!) memang yang terbaik dan yang terelok budi pekerti. Hangpa pun tahu bukan, aku kalau aku puji maknanya aku ikhlas (sebab aku jarang puji orang, mengutuk dan celupar memang banyak dan lebih!)

Kepada mereka yang pernah terkecil hati dengan aku, aku mohon maaf! Lumrah manusia membuat salah dan silap (kalau tak tak bererti la Hari Raya Aidilfitri!) dan manusia itu sering terkhilaf. Aku benar-benar akan merindui hangpa semua!

Tempat kerja baru aku ini akan membuatkan aku menjadi a typical Government servant, tetapi kenangan, pengalaman dan pengajaran semasa aku berada di opis akan tetap membuatkan aku senantiasa menjadi Hesmel Faznee yang hangpa kenal melalui identity (erkkk…tayar basikal), (aii..pelik nih!) dan Seeeeeee.D. Review, dan Reaaady For Take!!

Apa yang paling penting, kita jangan putuskan silaturrahim kita selama ini dan setakat ini sahaja. Kita teruskan persahabatan kita walaupun Nadia dah beranak 4 (and body pun dah tak solid!) Fida sibuk menimang cucu, Liza tetap dengan senyuman manisnya (aku sampai sekarang masih wonder apa yang manisnya?) dan Ayie dah mampu jadi gitar hero balik! (Ayie, kurang kurang laaa..penggunaa ayat F**K YOU tu!)

Oklah, sehingga ini sahajalah aku bersedih…Aku tak pernah rasa sedih sebab aku yakin kita tak akan melupakan antara satu sama lain. That’s what friends are for, bukan?

HESMEL FAZNEE @ ROSLAN JINGGGOOOO…