Kehidupan opisku yang terlampau...

Friday, May 26, 2006

so long (selamat tinggal)



hey guys ;
"so long " ..mean, selamat tinggal... sepanjang hdp ct xpenah rase pengalaman keje, even pas SPM dulu xpenah rs kerja. then, bile nak dtg utk praktikel, cam nervous sgt. thanxs 2 murniey cos ader kat sini same2 ct. kalu x, xtau camner nak abiskan 3 bln yg pjg... PR- uh.ssh sgt nak jd PR. bkn aper, ms kat kolej, ct suke pengiklanan & blaja media. nak jd pemberita. hehe..tp xtaulah. rezeki mayb bkn kat situ. bler masuk sini, kena jd PR. tp kalu utk company mmg seronok, cos bler kita jd PR, kita akan tau pasal syarikat kita. Mase ct blaja dulu, as a PR, kena syg pd company. Tue lah yg ct wat bler nak kena jd PR utk Amacam. ct syg company nie..
org2 kat company nie byk beri tunjuk ajar. yg paling manis, bler duduk sebelah abg budi. Dari bersembang tentang benda2 baru (pasal comp) sampailah telemarketing!hehe..bler pndah to Amacam members & wat Mana Rotee? seronok sgt. tp kdg2 terpk jgk, kalu abg H wat sumer nie sorang, mesti letih gak. utk Amacam members & IP, ct syg sumer. terima kasih banyak2..

En.Z - terima kasih byk2. Jasamu akan di kenang. HI & MIGHTY PIE diingati selalu..
Kak Nadia - Hope kawin cepat, byk ct blaja English ngan kak Nadia
A. Hesmel - TQ atas keprihatinanmu..Jgn dok pening kepala selalu.Vitamin kena abiskan!
K. Ayu- Tahukah kak Ayu, tiap pagi kalu ct sampai awal, msti tgk pintu. Cos nak tggu kak Ayu dtg. Baru seronok nak wat keje & on kan YM. hEHE..
hAZLEE - selalu serius ngan Ct, tp kalu nak blaja kena blaja tol2. Tue yg selalu Hazlee pesan. I'll always remember dat...
Mur - Aku dah taruk name ko kat atas. Kire penghargaan paling atas lah...
K. Liza - Sayang kak. Liza. Satu2nya org yg tahan shopping ngan ct. Cos kalu g shopping, ct xbeli pe2 pun kan?.hehe...makan vitamin kasi abis.
K.Lynn - Jasa kak lynn print utk ct akan selalu diingati. Luv Merlynn..
K. Fida - Cepat2 kawin. Itu doa ct.
A. Erik - Dulu Ct slalu dgr lagu suratan & kebetulan tp xsangka group abg Erik yg nyanyi. semoga success hendaknya. TQ utk brg yg abg Erik kasi. Really appreciate it.
K. Melur - Jaga kaki baik2. Jgn jatuhkan cermin lagi ye...
A. Nazar - Paling byk nasihat ct in my luv r/ship. selalu abg.nazar pesan ape2 kena pk rasional n tgk realiti. I'll remember dat...TQ.
A.Budi - Ct seronok duduk ngan abg. Budi. Tak penah lokek dgn ilmu. Hari2 blaja benda baru...TQ & teringin nak jupe anak abg. Budi. Tp 1 day lah...
Ijad - TQ cos byk sabar ngan ct. kdg2 tension pun kena senyum jgk tau!
Airul- Tutup mulut wktu tdo. . Thanxs 4ur help. Every words from u, sgt2 bermakna. .
Abg Aie- Kuatnye abg Aie ngan life nie. kalu ct kat tempat abg Aie, msti ari2 nangis..Ct doa abg Aie cpt sembuh. Tak sempat makan pizza n blaja pasal Editing..
Joe- Kat sini best, hargai kenangan di sini..
Husni- Tak sempat blaja pe2 ngan Husni. Hope meriahkan company nie lagi..
to my luyly Din: TQ 4ur Help..Syg Din...Byk Din tolong ct, n sabar ngan ct...Jgn Lupe Potong Rambut.....

Wednesday, May 24, 2006

Dimanakah Anda 5 Tahun Akan Datang?

Nazar @ masterB (30 tahun)
- seorang ayah
- masih seorang lelaki
- ada isteri ngan seorang perempuan
- jalan2 bawak checklist, pastikan semua nama2 kat bawah ni mencapai impian masing2!!
Din(29 tahun)
-Saya akan ada sebuah kereta idaman saya
-Mungkin saya seorang jutawan
-Rambut saya mesti pendek
Hesmel(33tahun)
-rambut luruh, tinggal sideburn sajer.
-dah kahwin, anak 2
-dalam proses anak ke-3
Siti(26 tahun)
-kahwin! anak dah dua-sepasang-boy&girl
Erik(29 tahun)
-ntahla
-baru bangun tido dalam pelukan fazura(isteri tersayang)
-premelodic dah jadi pemuzik yg berjaya
Lynn(30 tahun)
-dgn hubby kat sabah
-dah lama pakai kereta honda jazz(hadiah hantaran)
-anak satu
-masih slim
Joe(29 tahun)
-bukak galeri,publish magazine
-masih single<<
Murni(26 tahun)
-further study kat australia+honeymoon dgn hubby
Ayu(31 tahun)
-dah kahwin - anak ada satu
-dah kurus!!!
Budi(34 tahun)
-anak Budi-Zarief dah tadika
-dah bukak ladang kelapa sawit kat tawau
-bini masih satu
-dapat anak kembar
Hazlee(29 tahun)
-ceo syarikat oversea
-pakai kereta subaru impreza STi WRX
Liza(30 tahun)
-dah bahagia bersama keluarga
-dah ada spa sendiri
Zachy(40 tahun)
-hhmmm....dah haji kot! hehehehhe
Nadia(sweet 34)
-berat badan 49.5kg(maintain)walaupun anak dua
Ijad(29 tahun)
-impreza STi WRX
-gaji 3-4ribu
-artis harapan baru(AIM)
Ayie(38 tahun)
-tangan dah okey
-gitar otai


Tuesday, May 23, 2006

1 cerita....

Lokasi : office *&(()#$()
Time : 01:30 pm
Pelakon: Tipah & Terptipu

Hari nie Tuesday, esok Wednesday, yesterday is Monday...errmmmm…..
mari kita ikuti perbualan diantara Tipah dan juga kawannya Tertipu, mereka berdua sering membincangkan tentang pekara² yang pelik didalam office mereka (sah tak buat keje kat dalam office… )

Tipah (5/22/2006 1:34:02 PM): bagi satu soalan
Tertipu (5/22/2006 1:34:12 PM): sape “Tertipu”
Tipah (5/22/2006 1:34:14 PM): yang orang tak sangka jawapan nyer .
Tipah (5/22/2006 1:34:22 PM): boleh ke..
Tertipu (5/22/2006 1:35:33 PM): orang gali kubur pakai spender ker?
Tipah (5/22/2006 1:35:42 PM): wallawey!!!!!!!!!
Tipah (5/22/2006 1:35:58 PM): orang gali kubur pakai spender..
Tipah (5/22/2006 1:36:01 PM): warna ape
Tipah (5/22/2006 1:36:06 PM): hahahahh
Tertipu (5/22/2006 1:36:08 PM): warna oren
Tipah (5/22/2006 1:36:12 PM): giler la..
Tipah (5/22/2006 1:36:18 PM): wallawey 2x..

Begitulah tadi dialog diantara Tipah dan juga Tertipu...kepada sesiapa yang sering merasakan diri mereka murung, confuse, teka-teki, pertanyaaan, persoalan, perbualan, PMS, keraguan, kaunseling diri dan bermacam² lagi bolehah ajukan soalan kepada Tipah dan Tertipu kerana mereka tidak akan merasa tenteram jika tidak membincangan pekara² yang pelik dalam hidup mereka..sms pun boleh..type TIPAHTERTIPU space & send to ABCDE...

yang benar
x benar

Monday, May 22, 2006

Opisku Di Hari Ahad

Di hari Ahad yang cerah semalam. Ada lah beberapa orang2 opis yang cantik2 dan hensem2 belaka telah sampai ke opis untuk membuat kerja. Mereka terdiri daripada Liza,Nazar,Budi,Ayu,Ayie,Joe,Airul & juga Din yang x hensem. Eh tak ketinggalan juga VJ Uchooz yang cantik molek kita, Anne.
Pada hari ahad itu juga, Ayu yang baik hati telah berbakti kerana membawa mee kari yang banyak untuk semua orang yang datang pada hari ahad itu. Ayu juga telah berbakti dengan menjadi pemandu dengan mengambil Budi di sg besi dan juga Nazar di Puchong..Fuhh penat tau.
Hari ahad itu juga, team Uchooz yang terdiri daripada Nazar,Ayu dan Liza serta cik Anne kita telah menjalankan shooting untuk rancangan Uchooz. Rasa cam pelik ajer berkerja hari Ahad ni. Tapi semua menda buat rileks dan fun ajer. maklumlah takde sape nak kacau kitorang buat keje.
Lepas semua kerja abis...beberapa orang dari kami pun pergi lah makan kat kg baru. maklumlah abg nazar kita mengidam nak makan bubur. tapi bila sampai kat kedai tu ajer, semua tak reti nak order..hehe.ingatkan ajak org kg baru tu boleh la dia tunjuk2 kan. tapi hampeh...hahahaha.
Sekian sahaja untuk kali ini, kita jumpa lagi lain kali :)

ayoo

Friday, May 19, 2006

Pada tahun 1988, anda di mana??

pd pagi 17 mei tue, diorg tibe2 teringat kisah silam...pada tahun 1988 ? ? :
zachy-Form 5, lepas talentine
siti - 3 tahun
Hesmel - Darjah 4, makan waffle Apollo
Ayie - Form 3, tunggu SRP, ada 2 gewe
Airul - Tadika, baru blaja kwn dgn pompuan
Melur - Darjah 1, geng dgn bdk lelaki
Ayu - Darjah 2- SRK TAMAN MELAWATI
Liza- Sekolah Kebangsaan Pusat Juaseh, (Darjah 1)
Murni- 3 tahun, suka main pasir
Joehelmi- Tadika KL, Pecahkan cermin mata cikgu sekolah tadika
Lynn- Darjah 1, Holy Trinity Tawau (Silap naik van skola)
Nazar - ' kamek kat Sarawak baruk masuk sekolah rendah kerajaan Lutong. Kelas 1 Biru, pakai seluar pendek. Aritok cikgu ajar kamek A untuk Ayam'
Ejad- Tadika( tercirit dlm seluar 'petai..' )
Hazlee- Tadika Fatima Jln Ampang perform concert akhir tahun menari Sumazou. Pakai lipstick tebal so mulut ternganga jek masuk lalat atau apa ntah
Erik - Tadika Wirawati (Taman Melawati) - ' Pelok budak pompuan dalam kelas pastu mak bdk tu dtg skola marah saye...'
- Baru tau mengeja 'ayam' , xtau cakap babi lagi
- Pegi skola naik van tapi pakcik van tu dah meninggal
Budi- Darjah 5, Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau, Pengawas kat kelas 5 Gemilang
Din - Tadika Kg Baru kat flet
- Penah tolak budak pompuan nama 'Ogos' kat dlm besen letak pinggan mangkuk
- Main masak2 ngan budak pompuan kat sebelah rumah, nama dia nurul
- Nenek aku selalu ambik aku kat tadika
- selalu ponteng tadika dgn alasan 'sakit perut'
- Kat Taman Permainan ada hantu mase tadika

Thursday, May 18, 2006

Celebrate Besday di "opisku"...

Hari ni cuace sangat mendung dan lembab membuatkan suma orang jadi sengal-sengal dan lembab hehe...ala din sorang aje yang sengal² n lembab²..sbb dia memang sengal..hahhah...hari nie kat "opisku" celebrate harijadi Lynn dan Ct.."Happy birthday to U, Happy Birthday to U, Happy Birthday to Lynn n Ct, Happy Birthday To U, lalalala"...ermmm, pitching ok ..tapi body language kena lebih sikit..."SeLAMaT HaRi TuA" korang....
klu nak tau, masa kitaorang keluar beli kek (tq King's bakery, cewwah macam king's pulak yang sponsor kek) punya lah banyak nyer call dari office kat handset ayu...sampai ayu naik bengang, antara statement² yang dikeluarkan oleh ayu ialah.."tuttttttt"..alamak statement dia untuk 18SXG la..sorry ek..hanya liza sorang aje yang boleh dengar...muahahahhha...ape lah korang tak pandai berlakon...ingatkan sape yang call rupa² nya birthday girl si Lynn...ish kantoi..sesampai kat office kitaorang naik tangga sambil bawak kek..aduh kena excercise pagi²....dah lah hujan..tak pe kawan punya pasal, ape² pun kitaorang sanggup..:).. sesampai aje kat tangga ayu sms erik suruh bawak keluar lighter..heheheh cayalah erik pun pandai berlakon...muahhhhhh...ape² pun kek diorang memang best walaupun bercampur dengan air hujan...eh lupa nak mention, sebelum kluar dari king's kitaorang sempat singgah kejap kat kedai CD tengok CD RADJA "Aku Ada Kerna Kau Ada"...hahahah...beli jangan tak beli..
ermmmm...ape lagi citer yang menarik hari nie, haaaa...kalau nak tau hari nie kitaorang belajar bahasa Perancis yang mana perkataan nyer adalah "Pour Qi" makna nyer untuk siapa & 1 word more "A Cote" makna nyer bersebelahan atau berdekatan..amboi, korang habis satu opis asyik dok sebut perkataan nie, hahhaha..cuba sebut ulang² kali..:) ....
ape lagi ek citer best arie nie...rasa² nyer tak de kot...ok lah esok, kitaorang sambung citer.."opisku" nie memang menarik..sebab hari² ade citer..adios...
din+liza

Wednesday, May 17, 2006

Selamat Harijadi CT...

Hari ni 17 MAy hari jadi SITI KAMARIAH..Selamat Hari Jadi CT semoga sentiasa ceria di saluran ceria anda dan sentiasa hepi..semoga panjang umur..

Monday, May 15, 2006

Gambar perlawanan Futsal..

Ni adalah gambar perlawanan futsal pada hari Khamis yg lepas..

Sunday, May 14, 2006

Hari ini... "BESDAY LYNN'

Hari ini 14 Mei bersamaan hari Ahad adalah harijadi LYN yg ke-25.Saya mengucapkan selamat harijadi..semoga panjang umur dan murah rezeki..harap rezeki yg murah tu dpt belanje kita orang makan kat "TGI FRIDAY" nanti..sebarang ucapan harijadi boleh dibuat di dalam ruangan komen..harap beri komen anda..

Friday, May 12, 2006

Keputusan Pertandigan Futsal Opisku...

Setelah berhempas pulas team lelaki menentang perempuan mlm semalam akhirnye team lelaki menang dengan keputusan lelaki 7 perempuan 0..namun yg demikian, disebabkan rasa kasihan terhadap penindasan pihak wanita, pihak lelaki telah bersetuju utk merombak pasukan utk menjadikan permainan lebih menarik dan mencabar.

Ternyata tindakan pihak lelaki tidak sia2 apabila perlawanan menjadi lebih menarik dan sengit. Keputusan akhir 9-8 berpihak kepada pasukan A yg dianggotai oleh Budi, Nazar, Din, Erik, Airol dan seorang pemain import iaitu AYU yang mengalahkan pasukan B yang dianggotai oleh Zachy, Nadia, Liza, Murni, Lynn, Siti dan Ijad. rakaman perlawanan ini akan disiarkan nanti di blog ini harap bersabar.Sila berikan komen anda tentang perlawanan futsal malam semalam.

Thursday, May 11, 2006

Opisku bermain Futsal...

Malam ini perlawanan futsal akan diadakan di Sunway.Pasukan lelaki di opisku akan menentang pasukan perempuan di opisku juga.Siapa yg akan menang perlawanan tersebut diantara perempuan dan lelaki.Silalah berikan komen anda...

Sebelum menjelang perlawanan sempat lagi mereka(team perempuan)bergambar..



Team perempuan bersama coach mereka yg diimport dari Pakistan...wakakakkakak

Saturday, May 06, 2006

opisku dihari sabtu...

hari ini hari sabtu..kawan opisku rajin bekerja..mereka adalah pekerja contoh yg menjadi contoh kepada pekerja2 yg lain di syarikat itu.mari kita tinjau ape yg mereka lakukan.
*rakaman ini menggunakan webcam jika anda tidak mendengar suara didalam video ini bermakna anda telah menjadi pekak badak seumur hidup anda...



ini adalah videoklip terbaru dr kitaorang yg bertajuk 'CREEP'..

semalam di 'TGI JUMAAT ' bersama opisku..

lepas je abis shoot program 'MANER ROTI' kitaorang pun trus gi 'TGI FRIDAY' kat 'THE CURVE',kat situ kita orang suma makanan yg sedap2 sampai tak lalu nk mkn sbb makanannye banyak.





Thursday, May 04, 2006

opisku diwaktu kerja...

opisku sgtla sibuk 365 hari sibok je..nie kite ade pengambaran program tv '@macam TV' yg bertajuk "MANER ROTEE".keadaan opis ini sgt sibok apabila suma org dipaksa utk sibok.jadi pada keadaan asalnye taklah sesibok maner kecuali waktu sibok.kalo korang nk tau program 'MANE ROTEE" nie korang kenelah ade MItV sbb rancangan ini hanya berada di saluran 12 iaitu @macam TV.Skang kite saksikan betape sibuknye opisku ini.



kawan-kawan opisku pandai bermain alat muzik..jadi mari kite dgr mereka bermain gitar..



Diopisku kite bukan sahaje bekerja tapi kiter juga mengajar seni mempertahankan diri yg tidak boleh ditahan oleh sesiape.Jadi mari kite lihat pertarungan yg amat dasyat antara kawan opisku melawan kawan opisku..

videoklip di opisku

lokasi rakaman videoklip ini telah diambil di opisku.penerbit pengarah dan cameraman dlm videoklip ini sgt berwawasan dan mempunyai potensi utk menerbitkan drama bersiri tamil dialih bahasa.pengarah dan penerbit videoklip ini memberitahu yg mereka akn mengeluarkan drama pendek pada masa depan.mari kita same-same saksikan tayangan unggul videoklip ini hanya di blog ini.



*utk melihat video ini dgn lancar biarkan dier load dulu samapi abis.
*terima kasih diucapkan kepada suma yg terlibat dlm menjayakan videoklip ini.

opisku di kedai makan..

opisku...
opisku adalah opis yg tiada tandingan di maner2 opis skali pun di dunia ini,

ini adalah sedutan video dr budak opisku di kedai makan.

-MINUM PETANG-




-MAKAN MALAM-


-MAKAN TENGAHARI-


*utk melihat video ini dgn lancar biarkan dier load dulu samapi abis.
*terima kasih kepada handpon nokia ayu milik yadon keran sudi memberikan utk mengambil video utk blog ini.