Kehidupan opisku yang terlampau...

Wednesday, June 28, 2006

Tinggikah saya?

Hari nie kitaorang dah ukur ketinggian diri masing² dengan menggunakan measuring tape.. so, tinggikah diri masing²?..tengok aje list kat bawah nie..

Liza : 157 cm
Ayu : 168 cm
Melur : 169 cm
Nazar : 168 cm
Zachy : 173 cm
Hesmel : 177 cm
Din : 160 cm
Erik : 180 cm


Syabas diucapkan kepada erik kerana telah memenangi pertandingan "Tinggikah Saya" dengan menggunakan measuring tape...
Those yang mampu atau terasa dirinya tinggi boleh tampilkan diri untuk mengalahkan erik..
& those yang terasa dirinya rendah dan mampu untuk mengalahkan orang yang rendah di "Opisku Yang Terlampau" dipersilakan..
cheers
LiZa...

"trademark" ....

"Office ku yang TERLAMPAU".. errmmm memang pun…hahahhaha..
banyak pahit manis yang kitaorang telah lalui bersama sepanjang bekerja kat...“Office Ku Yang Terlampau“ nie..segala asam garam kehidupan kitaorang lalui bersama..bak kata perpatah bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing..ish dah tak tergambar dah keakraban kami nie..sebab dah terlampau akrab sangat, sampaikan tido bersama², mandi berteman...hehhehe....
so, bila dah terlalu lama mengenali each other ..macam² perangai yang kitaorang dapat kenalpasti melalui experimen, investigation, RnD dan berbagai² lagi la..klu nak sama² mengenali mereka nie, jom kita tengok...“trademark“ sorang²..

liza : dulu ade ade, sekarang dah tak de...
nazar : saya nie memang cute, tapi tu orang kata la kan..
ayu : bodoh la kau!, kan dah kena bodoh dengan aku!
din : vibrate!! (gelak dia macam vibrate..)
budi : suka tarik² rambut...
ayie : Fuck U!!!
ijad : uluran...entah ape yang uluran ...hanya ijad n keluarga dia yang tau..
hesmel : “..errkkk...aaa tu dia tayar basikal..”
nadia : “hoih!!!..”
Zachy : gagal
Melur : assalamualaikum (..dalam YM)
Erik : sisir rambut..(suruh dia buat kalau nak tau macam mane..:))
Fida : tak tahu...
Husni : “huishhhh”..(statement bila dia impress something..)
Hazlee : suka tidooooo!!!!!

Setakat ini sahaja yang dapat kitaorang kaji..jika ada sebarang penambahan akan dibertahu kelak..:)..
cheers :))
liza+ayu+nazar...

Peraduan Teka Jari

Arahan :

Lihat gambar dibawah betul betul dan cuba teka jari siapakah yang berada dalam gambar tersebut bermula dari kiri ke kanan :



*Tips : jawapan boleh diperolehi disekitar opis. So rajin rajinlah menjenguk tangan tangan rakan sekerja.

Tuesday, June 27, 2006

Jari pantas..mari teka jari siapa?

Hari ni kite main teka-teka..mari kite teka cari sapekah ini??Sila berikan jawapan anda di ruangan komen...



pemenang akan diberitahu menerusi emel atau telefon mudah alih atau telefon opis atau ape-ape..

*Hadiah utama menyaksikan Piala Dunia di barisan depan di Blok 503,Kelana Jaya,Malaysia.

LONG~LONG~SILENCE

Apo ni? ekau somo sonyap jo? Sorry la...dah lama blog ni xdihiasi dgn gambar2..hehe, tp ada gambar best..tgh2 belek2 koleksi gambo, terjumpa lak satu gambo Nazar n Ayoo.. ni dah berkurun dah kot gambar ni..tb2 lak terjumpa..haha...aku namakan gambo ni:

"SEKADAR GAMBAR HIASAN"



"SEPETANG DI CHERATING..HEHE DIN RAMBUT PENDEK!!"



"NAK POSE COVER ALBUM KONON"



"DI DALAM LIF THE CURVE"


"DIN RAMBUT PENDEK!"



Orait..setakat itu jer dulu. Kang kalau ada gambo2 nostalgik lagi...I kasi u all tgk k..
bye...

Thursday, June 22, 2006

jom bergambar @ opisku

kitaorang di opis memang suka bergambar sudah berhari-hari kita bergambar tanpa rase bosan dan jemu..disini dilampirkan beberape keping gambar untuk tatapan anda semua










Kepada mereka yang gambarnye tidak disiarkan di atas janganlah berase hampa kerana banyak lagi gambar yang bakal diupload kelak...

Tuesday, June 20, 2006

Sehari @ Opisku

Setelah sekian lama...kitorg x update blog. Ari ni nak tmbh skit. seperti yg anda saksikn di bawah, ada beberapa keping gambar kitorg semasa tgh 'sibuk' kat opis.


Nie gambar kitorg pose maut sbb tension buat keje..ada lg yg xder dlm gambar. tukang tngkp gambar ni bernama BUDI.


Nie anggota 'baru' opis ni...nama dia husni. xleh nak komen aa dia buat apa kan.. samada dia buat keje, atau buat benda lain. tgk sendiri la muka dia.


Editor kurang hajar kitorg ni...memang OTAI giler aa.. yg botak nama nyer Ijad, yang x botak nama nyer Joe..diorg ni xreti main bola..bola kecik saiz 1 pun xleh nak timbang sampei sepuluh...hahaha


haha...ni paling otai..dia senior dlm semua2 editor. tp knowledge dia bleh tahan. bukan setakat tau editing...goreng guitar pun terer giler..suatu masa dulu aa

ok la..setakat ini jer dulu celoteh utk kali ni. kang kalau ada gambar2 best nnti kitorg upload lagi...bye...

Saturday, June 17, 2006

Majilis Kawin AZIZI & NURUL AKMAL di Dewan Perdana Felda

KAMI WARGA KERJA INTRANET PROFILE SDN BHD DAN CYBER MUSIC ASIA SDN BHD INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU UTK AZIZI DAN NURULAKMAR. SEMOGA BERBAHAGIA SELALU DAN KEKAL HINGGA KE ANAK CUCU...



Thursday, June 15, 2006

World Cup 2006



-Penulis Jemputan Utk Minggu Ini-

Pada 9hb June lepas, bahang kehangatan World Cup yg berlangsung di Germany betul2 dirasakan oleh seluruh warga kerja disini, tetapi tekanan terlebih dahulu dirasakan oleh beberapa staff yg menjayakan projek website bola tersebut iaitu
www.kicks.com.my , mereka adalah nama2 seperti adalah, hah! mereka ialah Budi,Nazar,Husni & Din, mereka dikatakan telah mengalami tekanan perasaan yang amat membanggakan, sehingga mereka kadangkala boleh mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan sesama kami di tempat kejadian dgn menggunakan bola peninggalan incek siti yg telah bersara dari melakukan praktikal.

Dan lantas apabila perlawanan pembukaan, diantara Germany vs Costa Rica, kami yg berada diopiz begitu taksud dgn menonton menggunakan projektor berskrin besar sehingga tidak sedar telah melakukan ciuman yg ghairah sesama sendiri apabila Germany berjaya menjaringkan gol, terutamanya incek Din & incek Ejad. Mereka berdua sangat gatal

Disini ada dilampirkan beberapa keping gambar kenang-kenangan kami di opiz semasa menonton perlawanan World Cup 2006, 4tahun hanyalah skali, World Cup bukanlah seperti perayaan thaipusam ataupun perayaan cap go mei yg dilakukan untuk menghalau roh2 jahat yg mahu datang menganggu anak cucu yg akan dilakukan setiap tahun, Jadi...World Cup adalah temasya yg dilakukan 4tahun skali, mungkin ini adalah World Cup yg terakhir yg akan kita tonton? Kita semua tidak tahu...Kesimpulannya disini, mari kita meraikan kemeriahan temasya ini dengan begitu gembira skali yg akan disusuli dgn kemunculan England yg akan menjuarai World Cup 2006 ini...

Salam Sayang


Erik
Frankfurt, Germany.

Tuesday, June 13, 2006

Gambar kat Chicken Hartz Sunway..

Jumaat,9 Jun 2006,Gambar kat Chicken Hartz Sunway and sambut belated besday utk Ayu..



Saturday, June 10, 2006

makan bola,tido bola, kerja bola...

Hari ni dah masuk hari kedua World Cup.

Friday, June 09, 2006

Terharu

Terima kasih banyak2 kawan² opisku sebab buat surprise untuk aku kat hartz chicken tadi.Terharu gak la aku dibuatnya. Ye la..ingatkan bebetul la nak rancangan makan ramai². Siap tunggu aku balik holiday lagi. Rupa²nya ada udang sebalik mee.
Malu gak aku tadi..ye la aku ni kan ke dah 'tua' tapi maintain cun ye...hehe. Dah la semua nyanyi lagu birthday kuat². Segan gue. Serius aku x sangka langsung. Konon, lynn & liza nak ajak aku gi toilet konon. Rupanya nak bwk masuk kek dlm kedai dulu. Cis penipu punya kawan². Camne la aku x perasan plan dia orang ni...Ntah camne la aku boleh terpecaya dengan CT nak gi body shop. Dah pompuan kot...Pikiran aku ni nak gi shopping je la..hehe.
Anyway kawan²ku semua...thank you very much...aku memang terhau giler tadi. Nasib baik aku tak nangis. Ye la aku ni kan ke dah tua...malu tau buat surprise². LUV U ALL VERY MUCH!!!

ayoo

Tuesday, June 06, 2006

Don't Forget About Us (nyanyian Mariah Carey)

Syukur..'orang' telah selamat menjalani praktikal kat sini selama 3 bulan di sini. Banyak yang 'orang' belajar benda baru kat sini yang 'org' x kan dapat kat mana2 tempat. 'Org' rasa syukur sebab dapat sis dan bro yang begitu baik & caring..'Org' x kan lupakan semua kenangan 'orang' kat sini....(sedih lak rasa masa tulis kat blog ini). Lagu 'Don't Forget Us -org tujukan wat semua- kalu nak dgr rasanya ada kat dlm komputer hazlee..(tlg yek hazlee kalu diaorg nak dgr)


Hazlee : 'Org' rasa seronok sangat sbb dapat duduk sebelah Hazlee..Hazlee banyak bantu 'org' dalam tempoh praktikal ini terutamanya bila bab komputer dan sistem dalaman..ye lah 'org' tak tau sangat pasal komputer ni..cuma tau guna jer..bila dia jemmm tetiba..gelabah gak 'org'..selamat ada Hazlee..(u like a hero)..tapi skrh hazlee dah terikut sikit bahasakan diri 'org'..he..heee..penyakit tu..hope hazlee cepat kawin dan dapatkan baby yg comel2..jgn lupa jemput 'org' makan nasi minyak nanti..

Kak Lynn : 'org' rasa ada geng plak bila ada kak lynn..bila rasa dah rapat dan sayang dgn kak lynn tempoh plak makin tamat..'Org' seronok bila main game dgn kak lynn...rasa tercabar bila ada pesaing masa main game tu..memang seronok kwn dgn kak lynn..bila teringat masa kita semua spent time 2gether...sedih sangat..luv u..

Kak Ayu : kalu nak makan mesti wajib ajak kak ayu..kalu kak ayu x ada rasa kehilangan sangat..pernah sekali 'org' gi makan kat luar dgn kak Eja masa meeting kat ASK..masa tu nak makan pun x lalu sangat..sebab dah biasa makan sekali dgn kak ayu ('org' nak nangis...!)kak ayu gak ada masa 'org' tgh dlm dilema..'org' x sangka 'org' leh nangis kat bahu kak ayu masa tu..wat pertama kali rasa nangis camtu..selama ini nangis sensorg jer...i really appreacite what u've done to me..semua nasihat kak ayu 'org' ingat...take care yer..kak ayu..1 will miss u bila 'org' rasa nak makan...!kawin jgn lupa jemput 'org'..

Abg Nazar : Abg nazar banyak beri tunjuk ajar kat 'org'..banyak nasihat yang abg nazar bagi..abg nazar memang best...abg nazar memang kameraman yg berketrampilan..'org' memang maksudkan kata2 'org' tu sbb susah nak dpt cameraman cam abg nazar yg sentiasa peka dgn angle2 yg nak amik..ur da best..da bomb..keep it up!

kak liza : kak liza slalu kuar gi shopping masa ct ada dulu..'org' selalu tgk kak liza dgn ct enjoy beli belah walaupun 'org' x suka shopping..tapi 'org' hepi bila tgk kak liza & ct enjoy..kenangan kat sg congkak dgn semua akan 'org' ingat..2 detik yg best dlm memori 'org'..camna kita semua enjoy mandi manda..& sori sebab x sempat dptkan tiket untuk tgk teater utk kak liza..soosoriiii...

Abg Ijat : abg ijat memang baik dgn 'org' sejak org mula2 start kat sini..best dapat kwn dgn abg ijat..abg ijat dah cam abg 'org'..mekasih sbb selalu tlg 'org' dan layan 'org' yg kadang2 perangai cam bdk2..mekasih sbb banyak sabar dgn perangai 'org' yg cerewat bila wat keje masa editing...terima kasih sebab selalu ada d sisi 'org' utk tlg 'org'...thanks a lot..

Abg Erik : mula2 dulu 'org' x caya yg amacam tv ada krew yg merupakan ahli kumpulan premelodic sbb 'org' memang suka group tu..ingatkan diaorg nak mainkan 'org..rupa2nya btol..!x caya sungguh..abg erik memang jambu cam 'org' ckp...sbb tu 'org' terkejut bila abg erik ckp x berpunya lagi..mungkin abg erik terlalu memilih kot...!by da way hope berjaya dlm kerjaya pilihan abg erik...hidup premelodic...!

Abg Budi : ermm..masa mula2 'org' takut nak tegur abg budi sbb 'org' dgr abg budi paling senior kat sini..pastu masa kita semua gi sg congkak..x sangka lak abg budi nak join..'org' ingatkan abg budi x sukakan fun cam tu..ye lah muka abg budi nampak matured..tapi selepas tu..tanggapan 'org' terhadap abg budi berubah..abg budi memang best dan cool person..nampak ganteng gitu..!hope abg budi bahagia d samping isteri &anak tersayang..ermm..lagi satu..!org selalu suka dgr abg budi citer pasal pengalaman abg budi masa kecik...seronok didengar sbb abg budi crite dgn penuh perasaan..

Kak Melur : hope kak melur kawin nanti x lupakan 'org'..'org' ingat lagi masa kak melur x dpt dtg opis sebab cedera kat kaki..'org' terpaksa tggu kat luar sbb x ada org yg dtg utk buka opis..nak dekat 3 ari la..seksa tol..he..he..tapi bila pikir2 blk klakar gak..kalu kak melur xda mesti susahkan....kak melur memang baik dgn 'org' tapi x penah sekali pun kuar mkn dgn 'org'..nanti ada masa kita sesama gi makan yek dgn semua..

Kak Fida&Abg Husni : moga berkekalan jodoh dan kalu wat kenduri nanti lupa jemput..Abg Husni jaga kak fida bebaik..

Abg Hesmel : abg hesmel memang selalu gak bantu 'org' terutamanya berkaitan teater..maklumlah, abg hesmel kan berkemahiran dlm bidang ni.. thanks sbb bantu 'org' masa wat surat dan bagi nama utk bg program teater org ni..cayalaaahhh..!Abg Hesmel pun kalu kawin jgn lupa jemput 'org'..moga bahgia d samping insan tercinta..Hope Mana Rotee success

Abg Airul : ermmm..'org' suka stail abg airul skrg..keep it..'org' suka tukar2 pendapat dgn abg airul sbb 'org' tau abg airul memang berbakat cuma malu utk serlahkan..btol x kata org..?? hope abg airul dpt semua yg abg airul seperti yg abg airul ckp kat 'org'..take care..

Abg Ayie : Abg Ayie memang btol2 rockkklaa.. Hope tangan abg ayie cepat sembuh dan pastu leh main gitar..rasanya 'org' teringin sangat tgk abg ayie beraksi nanti..!! mesti best kan?!!!Hidup rockkk!!

Abg Joe : hope x marah 'org' sebab panggil joey...!thanks sebab bekerjasama dgn 'org' masa wat program..ingat abg joey..ingat TJ..cayalahhh..!

Kak Nadia & Abang Zachy.....,
thanks sbb banyak beri tunjuk ajar kat 'org'...'org' akan gunakan segala ilmu yg diajar...sekarang 'org' dah mahir gunakan word, powerpoint, dan excel dgn sepenuhnya..kalu berkesempatan nanti.., kita main futsal lagi..

abg din...,
thanks sbb bg org tulis kat blog ni..'org' suka stail abg din yg sempoi tue..rambut tu jg elok2..

-SALAM PERPISAHAN DARI 'ORG'...KALU ADA JODOH, KITA JUMPA LAGI..

Saturday, June 03, 2006

hepi besday Ayu...

Hari ni 3 Jun adalah hari jadi Ayu..Selamat hari jadi Ayu..semoga panjang umur dan murah rezeki..

Friday, June 02, 2006

Happy Birthday MELUR!!!

Hari ni, 2 JUN birthday cik Melur kita...SELAMAT HARI JADI MELUR!!! Semoga awak berbahagia disamping tunang tersayang...:) tengah² berbahagia tu..jangan la lupa kawan² opis yang cun² dan hensem² ni tau..hehe....Selamat panjang umur.....!!!!!